万本电子书0元读

万本电子书0元读

Literary Poetics of Indonesian and Malaysian Women
Literary Poetics of Indonesian and Malaysian Women
Rahman, Norhayati Ab.
¥144.99
Kajian feminisme di Malaysia sudah melalui tahap permulaannya. Buku ini, Puitika Sastera Wanita Indonesia dan Malaysia: Satu Bacaan Ginokritik membawa pembaca ke tahap seterusnya dengan perbincangan daripada sudut yang lebih mutakhir dan menggunakan teori ginokritik yang digagaskan oleh Showalter. Perbincangan yang tersusun rapi dan diperkuat dengan hujah-hujah serta contoh yang jelas ini memberikan gambaran dan amalan puitika wanita yang lebih menonjolkan biologi dan pengalaman wanita. Puitika wanita yang unik dan berlainan ini mendekonstruksikan puitika aliran perdana (lelaki), dan oleh yang demikian bersifat subversif kerana yang dijadikan medan perbincangan di sini ialah perasaan, suara, keinginan, perlambangan, imej, wacana dan gaya wanita, yang seterusnya dihubungkan dengan sifat biologi pengarang wanita. Pengarang menggalurkan unsur-unsur ini dalam karya-karya pengarang penting Indonesia dan Malaysia, termasuk Titis Basino, Oka Rusmini, Ayu Utami dan Toety Heraty dari Indonesia, dan Azmah Nordin, Rosmini Shaari, Fatimah Busu dan Zaharah Nawawi dari Malaysia. Aspek-aspek serta unsur-unsur yang secara langsung atau tidak langsung telah mempengaruhi proses pembentukan puitika ini di kedua-dua buah negara turut dibincangkan. Buku ini sememangnya adalah pemaparan usaha penting pengarang yang membuka lembar baru dalam penerokaan akal budi pengarang wanita Malaysia dan dengan itu berlaku adil kepada wacana dan sudut wujud mereka. lnilah bahan bacaan dan rujukan penting yang perlu dimiliki oleh para pengkaji dan pelajar kesusasteraan.
论语:中·德文对照版
论语:中·德文对照版
刘示范
¥99.50
孔子(公元前551年-前479年)是中国古代伟大的思想家、教育家、儒家学派的创始人,也是举世公认的世界十大历史文化名人之一。孔子思想和由孔子开创的儒家思想,构成了中华民族传统文化的基础,深刻影响了二千五百年来中国社会的各个方面,对人类思想和文化的发展起到了重要的推动作用。
日语教育与日本学(第11辑)
日语教育与日本学(第11辑)
徐曙
¥98.00
《日语教育与日本学》是有关日语教育与日本学研究方面的论文结集,主要告诉我们如何关注日语专业课堂教学,其次讲述了日语词汇教学设计与实践的重要性,通过《日语教育与日本学》希望广大学者对于如何学好日文有所了解。是包含了中国、日本两个国家多位日本教育方面、日本学研究方面优秀、资深工作者的论文文集。第11辑共收录论文15篇,分成“日语测试与日语教育研究、日语语言研究、日本文学研究、日本文化研究”四个类别,为日语教学、日语学习提供了参考,具有极大的学习研究意义。
Sincritism in Wayang Wong Johor
Sincritism in Wayang Wong Johor
Rahman, Mohd Kipli Abdul
¥81.82
Berapa ramaikah antara kita yang pernah mendengar tentang wayang wongWalaupun wayang wong berasal dari Indonesia namun dramatari ini telah lama bertapak di Malaysia dan masih aktif dipersembahkan khususnya di negeri Johor. Bagi peminat dan penggiat seni, buku ini sangat sesuai dimiliki kerana ia merupakan satu-satunya buku dalam pasaran kini yang mengupas tentang wayang wong yang terdapat di negeri Johor. Sinkritisme dalam Wayang Wong Johor mengajak pembaca mendalami seni dramatari yang merangkumi elemen-elemen kepercayaan seperti mitos, magis, mistik dan ritual bagi tiga pengaruh keagamaan, iaitu animisme, Hindu dan Islam. Buku ini turut meninjau sejauh mana budaya tempatan telah mempengaruhi bentuk dramatari ini sehingga ia mampu menjadi satu bentuk teater yang tersendiri. Ilustrasi berwarna seperti kostum watak-watak bersama aksesori dan senjata merupakan antara keistimewaan buku ini di samping ilustrasi lain dapat mengukuhkan pemahaman pembaca. Diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca kerana wayang wong dipersembahkan bukanlah sekadar untuk hiburan malah mendidik masyarakat supaya melakukan kebaikan melalui cerita-cerita yang disampaikan dan seterusnya menyumbang kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan teater tradisional di Malaysia.
Construction Management: Concept, Strategy and Application
Construction Management: Concept, Strategy and Application
Osman, Omar
¥80.34
Pengurusan membina sesebuah bangunan boleh dilakukan tanpa sebarang perancangan dan penjadualan pembinaan. Perancangan dan penjadualan pembinaan dilaksanakan bila wujudnya dokumen dan carta yang membantu pengurus atau kontraktor untuk menyiapkan projek pembinaan. Pada hakikatnya pada masa dahulu seseorang tukang yang mahir dapat membina sebuah bangunan tanpa sebarang pelan, apatah lagi perancangan terperinci dengan dokumen dan output tertentu. Walaupun begitu, pelannya tetap wujud dan pengurusannya tetap ada, walaupun hanya di dalam fikiran tukang mahir tersebut. Realitinya, perkara sebegini tidak lagi wujud sekarang ini, walaupun projek pembinaan itu hanyalah untuk mengubah suai rumah, pelan masih diperlukan untuk diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tuan punya rumah didakwa kerana menyalahi peruntukan undang-undang dalam sesebuah negara. P Dengan itu juga, pengurusan pembinaan sesebuah bangunan atau projek pembinaan memerlukan pendekatan yang lebih sistematik kerana proses pembinaan yang semakin kompleks, penggunaan sumber yang pelbagai dan teknologi canggih yang boleh digunakan serta bertambahnya perundangan yang perlu dipatuhi. Pengurusan pembinaan yang diutarakan dalam buku ini meneliti perkara yang sepatutnya dilakukan dalam organisasi kontraktor binaan. Pendekatan ini agak berbeza sedikit dengan pendekatan yang digunakan melalui kaedah menyeluruh pengurusan projek seperti yang diutarakan oleh Project Management Institute (PMI)1. Buku-buku yang ditulis tentang pengurusan pembinaan pula ada yang menjurus kepada aspek teknikal dan kejuruteraan. Sesungguhnya, tidaklah dapat dinafikan pentingnya perkara teknikal dan kejuruteraan dalam pembinaan. Ia mencakupi pembinaan bangunan, infrastruktur dan juga pelbagai lagi jenis kemudahan. Penulisan sebegini meneliti perkara yang berkaitan dengan pengetahuan yang amat diperlukan untuk membina dan Prakata | xv termasuklah keperluan kejuruteraan2. Ada pula yang menjurus kepada aspek penyeliaan tapak dan aspek tertentu yang diperlukan untuk menguruskan perkara spesifik di tapak pembinaan3. Ada juga buku yang ditulis khusus untuk menjelaskan perkara teknikal pengurusan seperti penjadualan dan teknik-teknik khusus berkenaan dengan mengurus proses pembinaan (Burton dan Mitchelle 1994). Projek-projek yang amat kompleks kebiasaannya ialah projek besar atau projek mega seperti pembinaan empangan, jambatan yang panjang dan terowong dalam tanah. Antara projek kompleks termasuklah Kuala Lumpur City Centre dan Menara Berkembar PETRONAS, Terowong tebatan banjir Kuala Lumpur yang dikenali sebagai SMART Tunnel, Channel Tunnel dan juga Empangan Bakun4. Pendekatan yang digunakan dalam buku ini merangkumi tiga aspek utama pengurusan, iaitu rangka, proses dan sumber yang kemudiannya digunakan untuk menganalisis pengurusan pembinaan. Buku ini menggunakan tiga hala dalam menerangkan pengurusan pembinaan, iaitu menganalisis pengurusan pembinaan melalui konsep yang sedia ada dan diubahsuaikan. Sebagai contoh, buku ini menggunakan konsep analisis tiga aspek: entiti, fasa dan proses. Buku ini juga menggunakan konsep rangka pengurusan pembinaan yang membahagikan kepada rangka pengeluaran, sumber (tenaga kerja, teknologi, bahan dan komponen, kewangan, masa dan persekitaran) dan pengurusan pembinaan itu sendiri. Dalam menguruskan pembinaan, seseorang pengurus pembinaan dan organisasinya disarankan menggunakan strategi membahagikan pengurusan pembinaan kepada dua fasa, prapembinaan dan pembinaan termasuk prakependudukan. Pada setiap fasa ini, terdapat beberapa proses yang perlu ditekankan, misalnya dalam fasa prapembinaan terdapat perancangan semasa tender, perancangan prapembinaan dan persediaan pembinaan. Aplikasi pengurusan pembinaan digunakan untuk memberi contoh yang relevan dalam setiap bab dengan menganalisis masalah dan cadangan penyelesaian.
Ensera Ayor: Iban Folk Epic
Ensera Ayor: Iban Folk Epic
Taslim, Noriah;Osup, Chemaline
¥77.31
Kajian tentang sastera rakyat Iban yang dikenali suku Iban sebagai leka main memang sudah banyak dilakukan. Buku ini memberi fokus kepada salah satu daripada genre leka main yang unik dan jarang mendapat perhatian, iaitu ensera atau epik rakyat. Ensera adalah cerita kepahlawanan yang mengagungkan wira dan kebaktian kewiraan. Salah satu daripada epik kepahlawanan tersebut ialah Ensera Ayor yang meraikan Ayor sebagai wira rakyat Iban yang ulung. Berbeza dengan kajian sebelumnya, kajian ini bukan sahaja mendokumentasikan teks ensera tersebut, tetapi juga meletakkannya dalam konteks sastera rakyat Iban secara keseluruhannya, termasuk jenis, ciri dan fungsi kemasyarakatannya. Untuk membolehkan teks ini dimanfaatkan secara lebih luas, maka teks ini turut diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Justeru, buku ini dianggap sebagai satu sumbangan yang cukup signifikan kepada pengkaji folklor.
Clinical Skills for Phamacy Students: Towards the Practice of Pharmaceutical Car
Clinical Skills for Phamacy Students: Towards the Practice of Pharmaceutical Car
Sarriff, Azmi
¥77.31
Buku Kemahiran Klinikal untuk Pelajar-pelajar Farmasi: Ke Arah Praktis Penjagaan Farmaseutikal dihasilkan bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar farmasi terhadap bahan bacaan ilmiah dalam bidang farmasi klinikal. Tujuan utama buku ini dihasilkan adalah untuk menyediakan bacaan dalam bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar farmasi supaya mereka dapat membina kemahiran klinikal ketika mengikuti latihan klinikal di hospital dan di farmasi komuniti. Kesemua bab yang dimuatkan di dalam buku ini mencakupi aspek-aspek penting dalam rangka membina kemahiran klinikal, terutamanya untuk mengenal pasti, mencegah dan menyelesaikan masalah-masalah terapi ubat. Justeru, para pelajar perlu membina pangkalan data yang lengkap serta mewujudkan komunikasi terapeutik dengan pesakit-pesakit dan ahli-ahli profesional kesihatan yang lain. Suatu kajian kes juga turut dikemukakan bagi menghuraikan proses gerak kerja terapi ubat bagi ahli farmasi dengan lebih mendalam lagi. Secara keseluruhannya, buku ini menyediakan suatu landasan dalam mencorakkan praktis-praktis farmasi klinikal bagi memenuhi kehendak dan keperluan pesakit terhadap terapi ubat.
The Attitude of Leaders (al-Mala') towards Propagation by the Prophets
The Attitude of Leaders (al-Mala') towards Propagation by the Prophets
Halim, Mohd. Fhakhrurazi Abdul
¥74.75
Buku ini mendedahkan kisah al-mala' dan usaha dakwah para rasul terhadap mereka. Peranan al-mala' sangat penting dalam mencorakkan sesebuah negeri atau negara. Sekiranya mereka beriman dan mahukan kebaikan, maka masyarakat akan mendapat kebaikan, tetapi jika sebaliknya, maka akan berlaku pelbagai kepincangan dalam pimpinan dan kehidupan masyarakat. Sesungguhnya, para rasul telah berusaha bersungguh-sungguh menyeru al-mala' mengabdikan diri kepada Allah dengan panduan wahyu-Nya supaya hidup mereka diberkati-Nya di dunia dan di akhirat. Namun, kebanyakan mereka menentang dakwah tersebut. Penentangan itu berpunca daripada sifat buruk dalam diri mereka sendiri dan faktor luaran yang mempengaruhi. Allah telah menurunkan malapetaka semasa keangkuhan mereka memuncak. Al-mala' yang menerima dakwah Ilahiah pula diberikan ganjaran kebaikan oleh Allah kepada diri, masyarakat dan kerajaan mereka. Semua ini menjadi pengajaran dan teladan yang berguna kepada seluruh manusia, terutamanya para pendakwah, pemimpin masyarakat, kakitangan kerajaan dan umat Islam keseluruhannya dalam menjalani kehidupan berpandukan petunjuk Allah SWT.
Literature in Culture and Media
Literature in Culture and Media
Ali, Halimah Mohamed;Rahman, Mohamad Luthfi Abdul
¥73.27
Buku Sastera dalam Budaya dan Media merupakan sebuah kompilasi esei yang dihasilkan oleh para pensyarah serta pelajar ijazah tinggi dalam bidang kesusasteraan. Kepelbagaian bidang dan kajian kesusasteraan yang dijelmakan dalam penulisan ini sebenarnya diikat kukuh dalam suatu tema, iaitu perkaitan antara sastera dan budaya serta sastera dan media. Kajian kesusasteraan sememangnya tidak pernah terkurung dalam dunianya semata-mata. Ia tidak sekadar cerita, tetapi sebenarnya mengungkapkan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan budaya silam dan juga budaya semasa masyarakat. Isu-isu berkaitan manusia, masyarakat, tradisi, warisan dan sebagainya memang menjadi bahan dalam pengisahan karya sastera sama ada sastera tradisional mahupun sastera moden. Malah, dalam arus kemodenan kini sastera turut mengadaptasikan dirinya dalam bidang media. Karya-karya sastera kini muncul dalam bentuk e-sastera, sastera digital, sastera siber dan pelbagai lagi. Buku ini mengupas persoalan-persoalan budaya masyarakat istana dan desa dalam kesusasteraan Melayu tradisional merangkumi sastera tulisan dan juga lisan. Persoalan tentang masyarakat moden dan kontemporari juga turut diberikan perhatian melalui kajian-kajian novel, cerpen dan juga sajak. Penulisan yang melangkaui dimensi antarabangsa turut mendapat perhatian penulis. Budaya masyarakat antarabangsa dipamerkan melalui beberapa karya yang dihasilkan oleh pengarang luar negara. Ia diperlihatkan dalam dimensi perbandingan dan juga persepsi Barat terhadap Timur. Seterusnya, perkaitan sastera dan media pula menonjolkan karya-karya sastera yang telah difilemkan dan juga karya-karya yang muncul dalam bentuk digital di ruang siber. Penulis-penulis telah menunjukkan perubahan yang berlaku apabila sesuatu karya tersebut diadaptasi dan juga bentuk-bentuk baru sastera yang telah muncul dalam era digital. Penulisan buku ini sememangnya ingin membuktikan bahawa bidang kesusasteraan sebenarnya sangat dekat dengan budaya hidup masyarakat dan juga sentiasa memenuhi kehendak zaman.
Stress and Anxiety Management: Cognitive and Behavioural Assessment
Stress and Anxiety Management: Cognitive and Behavioural Assessment
Salleh, Mohd Razali
¥70.24
PENGENDALIAN STRES DAN KEBIMBANGAN ialah sebuah buku rujukan asas psikologi dan psikologi klinikal yang ditulis dengan menggunakan pendekatan yang mudah untuk pembaca memahaminya. Buku ini berguna kepada para pelajar yang mengikuti kursus psikologi, kaunseling, perubatan, kejururawatan dan sains kesihatan yang berkaitan dengannya, di samping kaunselor-kaunselor yang ingin mendalami aspek rawatan stres dan kebimbangan. Selain itu, ia juga berguna kepada individu yang mengalami stres dan masalah kebimbangan. Seseorang klien yang sedang menerima rawatan akan lebih memahami masalah stres dan kebimbangan yang dihadapinya dengan bantuan buku ini. Diharapkan dengan pemahaman ini dia akan lebih bermotivasi dan bekerjasama dengan ahli terapi untuk meneruskan rawatannya. Buku ini dibahagikankepada dua bahagian. Bahagian pertama buku ini, yang mengandungi enam bab, membincangkan tentang stres yang meliputi teori asas pembentukan stres sehinggalah cara-cara menghindari, mengawal dan mengendalikan stres yang telah tercetus. Bahagian kedua pula mengandungi empat bab yang berhubung dengan rawatan masalah kebimbangan. Bab terakhir buku ini agak istimewa kerana ia mengandungi sepuluh risalah maklumat klien yang senang difahami yang ditujukan khas kepada klien.
Colonial Administration and Land Ownership Issues in Kelantan 1881-1941
Colonial Administration and Land Ownership Issues in Kelantan 1881-1941
Hussain, Nik Haslinda Nik
¥68.69
Buku ini memberi tumpuan kepada tanah dan pertanian di negeri Kelantan antara tahun 1881 hingga 1941 dengan mengupas berkenaan pentadbiran tanah dan sistem hak milik, dan diikuti dengan penelitian dalam aspek pendaftaran dan pengukuran tanah, kutipan cukai, usaha tanah dan aktiviti-aktiviti pertanian pada masa itu. Tujuan utama buku ini adalah untuk mendedahkan bahawa sebelum pentadbiran British pada tahun 1910, negeri Kelantan sudah mempunyai sistem pendaftaran hak milik tanah yang diperkenalkan pada tahun 1881. Tindakan British semasa mentadbir negeri Kelantan hanyalah memperkemaskan pentadbiran tanah untuk menjadikannya lebih efisien. Dalam tempoh tersebut, masyarakat negeri Kelantan bukan sahaja didedahkan dengan peraturan-peraturan tanah, enakmen dan sistem perundangan British, malah kehadiran kolonial British juga telah membawa perubahan kepada aktiviti pertanian sara diri kepada produksi komersial yang berasaskan getah. Penguatkuasaan peraturan tanah baru di bawah pentadbiran kolonial British telah membawa kepada penentangan rakyat. Rakyat Kelantan menentang undang-undang dan peraturan tanah baru yang diperkenalkan oleh British bagi mempertahankan hak warisan mereka yang dilihat semakin terhakis. Walau bagaimanapun, undang-undang dan peraturan tanah baru tetap diteruskan, meskipun bantahan untuk mengubahnya dilakukan.
Selected Pantun of the Straits Baba Peranakan, 1910-1930s
Selected Pantun of the Straits Baba Peranakan, 1910-1930s
Edited by,Ming, Ding Choo
¥58.59
Buku koleksi pantun pilihan peranakan baba yang pertama ini pasti boleh memenuhi keperluan pengkaji pantun dan kebudayaan peranakan baba. Selama ini, hanya beberapa rangkap pantun baba dipetik dalam makalah jurnal dan kertas kerja seminar berhubung kebudayaan peranakan baba, selain karya itu tidak diliputi dalam buku tentang sastera dan pantun Melayu. Pemilihan sejumlah 1,343 rangkap pantun ini dibuat berdasarkan karya itu sudah memenuhi syarat asasi pantun, iaitu mempunyai pembayang dan maksud, berima a-b-a-b di hujung baris, jelas maksud serta mesejnya, dan telah diterbitkan antara tahun 1890-an hingga 1930-an. Pembaca boleh merujuk senarai perbendaharaan kata peranakan baba dengan padanannya dalam bahasa Malaysia untuk menyelesaikan masalah dari segi ejaan dan makna perkataannya.
日语助词“の”与汉语助词“的”的对照研究:从日语教育的视角出发
日语助词“の”与汉语助词“的”的对照研究:从日语教育的视角出发
毛莉
¥58.00
日语中的助动词是日语词类的一种,接在用言或体言后,表示时、体、语气等语法功能。日语『の』和汉语『的』这两个助词在两国话语中使用率均占居首位,而且“的”还是外国人学习汉语时错误率*的一个词。本书通过实证分析方法,以中国大学日语专业学习者为研究对象,就日语学习者对“の”的习得情况进行了问卷调查,并对学习者的误用情况进行了详尽的分析。就误用率高的部分,和汉语的“的”进行对比分析,同时对目前各大高校主要使用的日语教材做了详细整理。对目前汉语为母语的日语学习者就助词的学习情况,教材中所出现的问题提出质疑,进行论证,*后提出解决方案。
Selected Minangkabau Pantun
Selected Minangkabau Pantun
Edited by,Salleh, Muhammad Haji;Adilla, Ivan
¥57.11
Pantun Minangkabau ini menyediakan sebuah transkripsi dialek Minangkabau baku dan sebuah transkripsi bahasa Indonesia/Malaysia baku. Pantun ini menjadi alat pendidikan tradisional di kampung-kampung dan digunakan untuk semua keadaan. Dalam kumpulan van Ophuijsen ini kita menemukan berbagai-bagai bentuk pantun; dari 2 hinggalah 20 dan 22 baris, di samping beberapa pantun berkait. Pantun Minangkabau ini yang dikumpulkan dari seluruh daerahnya menjadi suatu bukti kepada khazanah besarnya. Bentuk ini adalah wacana terpilih perasaan, pemikiran, seni malah jati diri Minangkabau. Ia diharap dapat menyumbang kepada usaha mengekalkan khazanah pantun di Minangkabau dalam konteks pantun Nusantara. Pantun ini menjadi penyimpan khazanah masyarakat Minangkabau dan kita ditawarkan pembahagian yang terperinci, yang diklasifikasikan mengikut petak hidup. Buku ini yang memuatkan 912 bait pantun ialah sebuah khazanah rencam dari Sumatera Barat. Ia menyediakan sebuah pemerian dan kajian latar serta estetika pantun Minangkabau secara lebih khusus yang mencakupi sejarah, latar alam dan sosial, bentuk, fungsi, estetika dan kepengarangan.
Introduction to Translation and Interpreting
Introduction to Translation and Interpreting
Omar, Hasuria Che;Edited by,Haroon, Haslina
¥49.49
Buku yang dihasilkan untuk bacaan dan rujukan pelajar penterjemahan dan interpretasi di universiti serta masyarakat umum yang berminat dalam bidang ini membincangkan perkara-perkara asas dalam bidang terjemahan dan interpretasi, diikuti dengan perbincangan tentang proses, analisis teks, pendekatan dan penilaian terjemahan. Perbincangan tentang peristilahan turut dimuatkan untuk mendedahkan pembaca kepada proses pembentukan istilah dan isu berkenaan pembentukan perkataan baharu. selain itu, penterjemah atau bakal penterjemah yang ingin bergiat aktif dalam penterjemahan pasti akan berminat dengan perbincangan tentang penggunaan peralatan dan teknologi dalam penterjemahan. Tambahan lagi, buku ini bukan sahaja membincangkan terjemahan semata-mata tetapi juga interpretasi yang berkait rapat dengan penterjemahan. Dua bab akhir dalam buku ini menelusuri dunia interpretasi dan membawa anda mengenali satu kerjaya penting dalam bidang ini. Justeru, buku yang merupakan nukilan para pensyarah yang pakar dalam tajuk perbincangan masing-masing. ini tentunya harus dimiliki dan dijadikan rujukan terutamanya oleh pelajar universiti dan masyarakat umum yang berminat dalam bidang terjemahan dan interpretasi.
Early Reading Skills of Preschool Malay Language
Early Reading Skills of Preschool Malay Language
Yusoff, Naimah;Hashim, Nor Hashimah;Othman, Hashim
¥43.98
Kanak-kanak prasekolah sering berdepan dengan masalah menguasai kemahiran membaca pada peringkat awal. Atas inisiatif untuk menangani masalah ini, modul pengajaran bacaan awal bahasa Melayu yang dinamakan Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB) diperkenalkan dalam buku ini. Kaedah KVB bersandarkan pada dua teori utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu Teori Behavioris dan Kognitif. Topik-topik dalam buku ini menyentuh tentang perkembangan bahasa kanak-kanak, kemahiran membaca pada peringkat bacaan awal dan pelaksanaan pengajaran kemahiran bacaan awal melalui pendekatan Belajar Melalui Bermain. Lebih menarik lagi, buku ini turut dilengkapi dengan contoh aplikasi pengajaran termasuk Ujian Kesediaan Membaca dan Ujian Kemahiran Bacaan Awal. Penulis berharap buku ini dapat menjadi panduan kepada guru prasekolah dan sekolah rendah dalam pengajaran kemahiran bacaan awal, serta guru kelas pemulihan bagi murid-murid yang mempunyai masalah membaca.
Threading Technology
Threading Technology
Abdullah, Ahmad Baharuddin;Miskam, Muhamad Azman
¥37.92
Membenang ialah salah satu proses asas pemotongan logam dalam bidang pembuatan. Proses ini digunakan untuk menghasilkan pengikat, iaitu bolt dan nat. Kedua-duanya penting dalam pemasangan komponen. Ketidaktepatan akan memberikan kesan kepada penyambungan komponen, dan seterusnya akan mempengaruhi prestasi keseluruhan produk atau sistem. Buku ini disediakan oleh mereka yang berpengalaman luas, dalam bahasa yang cukup mudah dan ringkas. Oleh itu ia amat sesuai dijadikan rujukan asas bagi operator mesin dan juga pelajar peringkat diploma dan sijil mekanikal, selain pelajar sekolah yang ingin mendalami ilmu teknikal. Selepas membaca buku ini, pembaca akan pasti dapat mempraktikkan operasi membenang dengan betul.
日本现代文学研究(日文版)
日本现代文学研究(日文版)
李先瑞
¥35.99
本书为“当代外语研究论丛”系列之一。本书沿着历史发展的脉络,就战后日本的主要作家的重要作品进行分析解读,包括大江健三郎、开高健、井上靖、仓桥由美子、河野多惠子、大庭美奈子等作家的作品,突出原典解读和文本分析。本书不是文学史,而是文学研究。本书读者对象主要是日语专业的教师和学生,以及有一定日文水平的对日本文学感兴趣的读者。
畅游韩国:旅游攻略+实用口语,韩国自助游一本就够
畅游韩国:旅游攻略+实用口语,韩国自助游一本就够
陈冰冰
¥35.00
本书由两大部分组成,共分为14 个章节。 第二部分是旅游语言补充包,共由6个单元组成,包罗了旅游时在各种情境下可能会用到的实用句,针对出发、交通、住宿、饮食、购物等情景,均标有罗马音,让您在畅游韩国的同时能轻松学习韩语。
实用日语初级(下册)(无光盘相关信息)(高等教育自学考试日语专业系列教材)
实用日语初级(下册)(无光盘相关信息)(高等教育自学考试日语专业系列教材)
何琳
¥31.91
本教材的练习包括基础练习、会话练习、应用练习三个部分。基础练习的主要目的是帮助你理解、掌握语法项目,与前面的语法解说顺序、内容相对应,既可以在考成每个语法项目时做,也可以学习完会话、课文之后做,目的是巩固所学的语法知识。会话练习选择了一些能够广泛使用、场景明确的会话模块,注重的是实用性。考虑到有相当一部分学习者采用的是自学的学习方式,应用练习设计了一些能够帮助你提高日语的应用能力,同时能够独立完成的练习。当然,建议你找几个伙伴一起学习,因为合作学习是非常有效的外语学习法。
文化产业商业模式
文化产业商业模式
陈少峰,张立波
¥31.22
进入21世纪以来,文化产业在我国经济社会领域中的地位不断提升。在国家“十二五”发展规划中文化产业已经被中央政府视为今后一段时期我国具有“国民经济支柱性产业”地位的新兴战略性产业,并且期望通过发展文化产业来带动我国经济发展方式转型和产业结构的调整,以发挥繁荣文化、推动中国文化走出去的综合效用。
1 2 3 4 5 6 7